DON'T BE FOOLED, WE ARE HIDEOUSLY BEAUTIFUL WHILE THEY ARE BEAUTIFULLY HIDEOUS.

Tuesday, December 1, 2009

Apabila Kekasih Curang, Kadang-Kadang Pihak Ketiga Itu Tak Bersalah, Hanya Tersepit Dalam Kemelut Keadaan


Adalah amat pelik bila tiba-tiba kekasih kawan kita cuba nak beramah-mesra dan akrab dengan kita, walhal sebelum ni tak pernah bertegur sapa langsung, hatta lepak semeja pun tak pernah.



Apatah lagi, bila kawan kita tu hanyalah kawan biasa-biasa saja, tak pernah pun datang open house dia masa raya. Jadi tiada sebab untuk si kekasih cuba untuk mendekati kita. Dah dua kali I kena, yang terbaru 2 bulan lepas.


Sebagai seorang yang berkromosom xx, I cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti xx yang lain. Lantaklah kalau bf dia nak meliar dengan sesiapa pun. Janji bukan dengan I. Sebab persepsi biasa masyarakat kita, yang bitch tu si perempuan satu lagi, walaupun sebenarnya si teman lelaki yang menggatal dulu.


Atas sebab ini juga, I tak ada koleksi kawan-kawan lelaki yang sudah berkahwin. Bekas kekasih I baru-baru ni kahwin. Terus lepas tu I tak contact dia walaupun pernah berjanji setia untuk berkawan. Disini ada rasa ketidakselesaan sebenarnya. Lainlah kalau I pun dah berkahwin. Tidaklah awkward sangat. Dengan bekas teman lelaki memang senang betul nak ter-fall in love semula walaupun hakikatnya mustahil bagi I. But we never know. Jadi, jangan bermain api.


Bila seseorang wanita dah pledge hidup dia untuk kekasih atau tunang atau suami dia, I rasa her significant other tak bolehlah take her for granted. Trust itu penting. Jangan dirobek.


Let say seorang lelaki dah tak sayang gf dia lagi. Benda yang paling manly untuk dilakukan ialah beritahu gf dia perkara yang sebenar. Kalau berpisah adalah jalan yang terbaik, maka berpisahlah dengan cara yang baik.


Bukannya pergi melata cari perempuan lain dulu atau pasang perempuan lain. Sebab nanti yang jadi bimbo adalah perempuan lain tu, bukannya si lelaki. Daripada ada satu masalah, makin bertimpa-timpa masalah lain. Akhirnya, si lelaki bukan juga menjadi pihak yang bitchy.


Ada juga lelaki yang happily in a relationship atau happily married, tapi memang ada gene buaya dalam darah dia. Dalam kes ini, walau berapa belas perempuan pun yang dipasang, hidup dia tak akan puas.


I pernah beritahu kawan-kawan yang I lebih rela kahwin dengan lelaki yang workaholic daripada seorang womanizer. Malangnya, womanizer biasanya hot looking dan menjamin zuriat yang comel. Cuma womanizer belum tentu boleh bagi famili dia makan pakai cukup. Dengan workaholic, ada nampak sikit sinar future dia. Ada duit, cukup makan pakai, ada harta sikit, dari situ datang kebahagiaan sebenarnya.


I tahu, walau berapa ribu patah perkataan I taip pun, lelaki tetap boleh bernikah 4. Cuma mereka selalu lupa bahawa nak nikah 4 bukan sesenang tu. Akhir-akhir nanti, isteri dan anak-anak yang suffer.


Satu lagi, berhati-hati dengan lelaki Arab. Yup, memang tak dinafikan banyak yang good-looking, tapi sikap charming mereka pun over juga. Silap hari bulan jadi isteri ketiga.


Cuma I selalu tertanya-tanya. Kenapa lelaki-lelaki berkualiti yang pernah I jumpa adalah di kalangan kawan-kawan rapat I? Mereka ni berpotensi menjadi lelaki mithali. But too bad, I don't date close friends. Seganlah. Lainlah kalau masa awal-awal kenal tu, I memang ada hati nak bercinta dengan dia. Ataupun kalau one day, seorang close friend ajak I date, I akan date walaupun segan gila. Date dengan kawan sangat awkward ye. I don't know how some of my good friends can handle the pressure.


Tapi I setuju, sebelum bercinta, eloklah jadi best friend dulu dengan potensi kekasih kita tu. Dari situ, banyak perangai senang hati, sakit hari, birat hati boleh kita tahu. Ada kawan baik yang ajar I lesson ni, dan berdesing-desing telinga I dengar nasihat dia sebab kami emotionally involved. Macam sekarang ni, memang berbirat-birat hati. Untuk kenal diri masing-masing punya pasal.


Apa pun, semuanya berpokokkan rezeki. I should've known better.



p/s: You tahu you sayangkan seseorang bila you kata you tak kisah tentang sesuatu, tapi sebenarnya you kisah. Dan you tahu you biasa-biasa dengan seseorang bila you kata you kisah, walhal you sebenarnya langsung tak kisah. An act of trying to prove a point la kononnya. Berpeluh-peluh nak convince kan the other party.

Thursday, November 5, 2009

Peminat Terbesar


Luahan hati seorang peminat band terhebat dunia;


Oh, come on Chris Martin. Say the rumour isn't true. Making out with Kate Bosworth? In the middle of U2's concert? It cannot be real. Look, Kate Bosworth? Come on. Gwynnie is way better.


Okay, I stand to believe the magazine is lying. You are cooler than that aren't you.

Monday, October 26, 2009

Kawan


A true friend stabs in the front. - Oscar Wilde


Indeed. =) Let's stab each other, shall we true friends?


No wonder-lah acquaintances stab in the rear. Now I know. Only now I know.

Monday, October 19, 2009

Pertelingkahan Idea


Soalan yang paling malas I nak jawab setiap kali ber-YM ialah;



'Awak open tak?'


Sebab I tahu, in the end, definisi open bagi orang tu dengan definisi I ialah sangat berbeza. Worlds apart. Maka I ambil solution yang mudah.


I jawab; 'Sorry I nak pergi makan. Bye.'


Kemudian I terus set permanently invisible to this person.

Tuesday, October 13, 2009

Genggam Impian


Bila I perasan orang yang I kisah actually tak berapa kisah sangat tentang I, buat acuh tak acuh, I boleh terus shut down orang tu daripada jiwa I. Walau seberapa sayang pun I pada dia.


Mengejar impian yang tak kesampaian memang bukan dalam kemampuan I. Jadi, apa yang I buat ialah, kau tak kisah sangat, aku pun tak kisah mana.


Because I deserve to be treated better.


Sedar tak sedar, sebenarnya ada orang yang diam-diam kisah tentang I.


Sedikit sebanyak, I tahu apa sebenarnya impian yang I patut perjuangkan.


Cuma, jangan melanguk di gigi air. Kena cepat dan sabar.

Wednesday, October 7, 2009

I Rarely Smile At Strangers


I selalu cakap macam ini dengan semua kenalan baru;


I ni muka sangat straight, bluntly straight. Jadi orang selalu fikir I sombong dan garang. Kalau you mahu, you boleh evaluate sendiri macam mana I sebenarnya.


Sebab I takut nak senyum pada strangers, I rasa macam orang gila. Dan nanti pak Arab banyak terus pasang umpan jadi isteri ketiga.


Jangan risau. I tak pernah makan orang. Unless you mahu jadi orang pertama yang I telan.


Habis ulasan I, mereka pun lari. Sebab I bagi kenyataan yang jujur. Bendanya, I rasa bukan I yang pelik sebenarnya. Orang lain yang actually berfikiran sempit.


Malah, dulu I ada mak bekas kekasih yang awal-awal reject I, atas sebab I bukan sekampung. Jadi, I malas nak buang masa melayan kerenah orang narrow-minded macam ni. Sebab I jenis orang yang tak suka melayan isu yang bodoh.


Dan I rasa, kawan-kawan I sekarang saja lah yang mampu put up dengan otak gila I.

Saturday, October 3, 2009

Faithlessly Faithful Vice Versa


The most shameful thing I've ever done was denouncing one's faith by accident. No thanks to my obliviousness. And I have to discredit those who made me believed of the faulty fact.



Next time around, I will have to be extra careful to not offend anyone by my complete ignorance. As to now, I swear myself to not believe hearsay, gossips and whatnot.


On a positive note, I was lucky enough that fella was such a cool dude reacting to my statement. Well, at least I was lady enough to be as innocent and oblivious as I could.


The thing about most of my people, my countrymen, including me, is we are too quick to pass judgment, but slow enough to correct ourselves.


In the event of having or rather wanting to socialise with non-locals (whites are not applicable here), we deem them not equal to our freaking standard. There is no wonder I always get weird faces and reactions whenever I hang out with them. As if it is a peculiar out-of-logic thing to do.


For that, I feel deeply sorry for him, whom up until now, I still offer my apology. Being such a cool sport, he asked for my phone number and now, we regularly talk during classes. But still, my guilt is everlasting.


Nevertheless, I will let my conscience be my guide.


So much of thinking I have met enough people already. And of course, not without those sheepish faces shown to my once timid eyeballs. Hence, will it be okay to grunt?



p/s: I once shouted Oh-My-God so loud at an acquaintance of mine after learning some interesting fact. He, being quite an atheist nonchalantly shouted back, 'Don't call HIM, will ya'. I hehehe-ed. Not that I was trying to convert him or anything, though. Tindakan refleks one might say. Heaven yeah!

Friday, September 25, 2009

Mend Heart, Bend Life


'If it ain't broke, don't fix it.'


How do I know if it ain't? Suppose it did break without me realising it. And suppose the damage was too great it couldn't be fixed.


Even if it could, maybe it wasn't enough.


They say, leave it to God then.


I suppose it made me hopeless. Vulnerable.


I hold the above quote strongly. Whilst at the same time, those circling me are thinking differently.


'If it ain't broke, break it!'


A measure of escape. Safe indeed.


Perhaps I should start breaking up things. People as well.

Thursday, September 17, 2009

Sesi Pencarian Jiwa


Bila I cermin balik diri sendiri dan bandingkan diri I sekarang dengan setahun yang lepas, I nampak macam ada satu lagi imej yang berdiri sebelah I dalam cermin tu. Maksudnya, banyak perubahan la dalam tempoh masa 12 bulan ni.



You pernah terasa tak yang diri you sekarang sama je dengan you setahun lepas? Ataupun diri sekarang sangat kontra dengan setahun lepas? I pernah rasa dua-dua situasi. Bezanya, kali ni I merasakan I berada dalam situasi kedua. In a way, I rasa seronok jugak lah.


Dalam imej cermin tu, I nampak macam mana I transform daripada perangai last-minute study I bertukar jadi study 3 months in advance. Sangat sweet bila perubahan tu sedikit sebanyak beri I kejayaan kecil. I juga bertukar daripada seorang yang anti-social kepada agak peramah dan selalu berjalan sana-sini. Dah tentu lah pemilihan set kawan-kawan yang banyak memainkan peranan.


12 bulan lepas, I tak pernah langsung main bowling, sekarang dah pandai sikit-sikit. At least I pakai bola 9 ke 10 ke. Dulu-dulu I sangat tak fun okay. Definisi keseronokan I ialah menonton TV di rumah atau tengok wayang. Sangat limited. Sekarang ni, I dah tak layan dah TV. Sebab tu, selalu miss tengok Nur Kasih (by the way, I terpaksa mengaku yang cerita ni sangat best).


Kalau dulu, I menilai kecantikan pemandangan secara bland je. Pada I, biasa-biasa, takde apa sangat. Tapi sekarang, setiap sudut tempat I rasa cantik dan nak ambil gambar. Bercerita tentang gambar, imej gambar I tahun 2008 ke bawah sangatlah hodoh. Dulu I tak fotogedik.


I pun tak minat sangat gosip-gosip dulu. Sekarang ni, gosipping dah macam makan popcorn je. Dulu I tak heran sangat pasal cinta-cinta. Sekarang I ni dah macam miserable, hopelessly menunggu cinta. Dulu I suka pakai baju kurung, sekarang babai baju kurung. Dulu I tak pandai nak sinis-sinis, sekarang ni kalau I cakap asyik nak ber-sarcastic je. Memang banyak orang terasa, I geddit.


Serius I cakap, banyak perubahan hidup sepanjang 12 bulan ni. Antara I perasan atau tak la. Walaupun banyak perubahan yang baik, benda yang tak baik pun banyak gila I buat. Cuma sekarang I cuba nak dekat balik dengan Tuhan. I banyak main-main dulu macam tak ingat mati. Bila I tak dapat orang yang sangat-sangat I hajati, itu adalah satu wake-up call untuk I dekat semula dengan Tuhan. Baru nak terhegeh-hegeh.


I rasa Ramadhan lepas adalah yang paling menginsafkan I. Sebab ini first time I rasa betul-betul kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Kalau nak fikir balik kesilapan I dulu, banyak kaki orang yang I patut sujud minta maaf. Lagi-lagi kaki mak I. Cuma I bernasib baik lagi. Silap-silap I dulu takdelah sampai dosa yang patut direjam atau disebat 100 kali. Ada perkara-perkara yang I masih jaga. Sekurang-kurangnya mungkin itu salah satu nikmat yang baru sekarang I sedar.


Sayulah kalau nak cerita pasal evaluation diri. I takut nak pandang cermin sangat.


Selamat mencerminkan diri. Semoga jumpa tujuan sebenar kewujudan diri.

Wednesday, September 9, 2009

Pencarian


It's stopping.


The heartbeat.


Breathing, none.


Eye movement, none.


Longer and not much longer, gone.


A life is doomed.


---

Tak boleh. Masih banyak dosa yang terhutang.


God, I'm soul-searching. Help me.

Friday, August 28, 2009

Keliru Dan Bulu


Dulu-dulu I selalu ragu-ragu sama ada I boleh shave bulu kaki atau tak. Sebab masa sekolah dulu, I ingat ustazah cakap tak boleh. I terima je lah cakap dia, since masa tu mana pandai nak bangkang-bangkang orang dewasa cakap.


Bila dah besar, I fikir sendiri kenapa ustazah kata bulu kaki tak boleh shave. Method pembelajaran masa zaman I dulu macam ni, you terima and don't ask for justification. Jadi bila dah habis sekolah, fikiran pun dah matang, makin banyaklah persoalan yang timbul tentang apa yang I belajar dulu.


Last-last I pergi dekat cikgu I satu lagi. I panggil dia cikgu google. Bila google, macam-macam keluar. Dan bila dah habis baca semua opinion, I dapat satu conclusion. Maka I pun start shave kaki I. Sebabnya isu shave bulu kaki tak sama dengan isu shave bulu kening. Bulu kaki termasuk dalam kategori bulu-bulu lain, yang tak salah kalau dicukur. Lagi-lagi kalau suami suruh. Haha.


Adik I pernah tanya, macam mana agaknya kalau kita cukur bulu lengan. I rasa macam nak lempang je bila dengar soalan tu.

Monday, August 24, 2009

Hoi Budak


Ada sebahagian kecil manusia yang secara fizikalnya dewasa, namun kebolehan emosi dan mentalitinya masih kebudak-budakkan. Ini adalah antara manusia yang I tak boleh tahan nak hadapi. Sebab bagi I, diaorang ni sangat mencabar kesabaran dan nerve you. Kalau ikutkan kepala I, I have no reserve langsung nak hulur penampar.


Serius. Umur dah 21-22-25, tapi buat perangai yang bukan-bukan. Tergedik sana-sini, as if dia masih dalam high school. Dan kadang-kadang overly touchy atau sensitif tak bertempat. I kena hadapi orang-orang macam ni once in awhile, walaupun ramai golongan macam ni sebenarnya. Cuma kebanyakkannya tak berani nak buat fiil dengan I.


Tapi once I kena, memang I akan naik baran. Malang sikitlah, golongan kanak-kanak ni ada sorang dua dalam kalangan kawan-kawan rapat I. Jadi, I selalu kena pendam dalam hati kalau I rasa tak berkenan dengan sikap kebudak-budakkan diaorang. Sampai satu tahap, I pernah rasa sakit hati yang teramat tapi I tak meletup lagi.


You bayangkanlah kalau orang nak terasa dengan you disebabkan hal kecil, you mesti rasa apa hal dia nak menggedik macam ni. Contoh, you ambil gambar berdua dengan kekasih dia, dan dia tak pasal-pasal nak merajuk cemburu bagai, padahal you dan kekasih dia berkawan baik. Ataupun, dalam situasi kekasih baru carigali bekas kekasih boyfriend/girlfriend dia semata-mata nak warn off bekas kekasih supaya tak kacau relationship you dan kekasih. Pada I, memang kebudak-budakkan. Macamlah bekas kekasih tu hadap sangat.


Ataupun kawan you terasa hati dengan you sebab you beli barang yang sama macam yang dia teringin sangat, padahal you tak tahu pun hal tu. Yang menyebabkan dia tak nak bercakap dengan you selama let say, 30 minute. You know, bila I tersepit dalam keadaan macam ni, I selalu buat bodoh, tapi dalam hati, I curse sampai puas. Kalau I rasa melampau sangat atau tengah period, memang I akan tak teragak-agak untuk tegur dia directly.


I ada expectation yang tinggi terhadap orang yang lebih tua daripada I. So kalau you tunjuk perangai budak you depan I, walhal you lagi tua daripada I, watch out la. I memang black list you. You definitely bukan dalam good book I.


Satu perangai yang I tak boleh nak terima sampai mati. Childishness.

Thursday, August 20, 2009

Alahan


Ini pengakuan pertama I dalam siri Confession.


I tak boleh duduk semeja atau lepak setempat dengan sekumpulan perokok yang berlumba-lumba mengepulkan asap rokok ke udara.



Dan I pernah tegur seorang lelaki untuk menghalakan asap rokok dia ke arah bertentangan dengan I. Sebab I pernah ada rekod buruk yang melibatkan rokok. I demam panas 3 hari disebabkan asap rokok yang I sedut waktu duduk setempat dengan sekawan perokok.


Sejak tu, I declare diri I allergic-kan asap rokok. I rasa paru-paru I tak mampu tahan tekanan asap yang kuat. Lagi-lagi sejak dua tahun lepas I dah biasa berkawan dengan bukan perokok. Kalau kawan perokok pun, jenis yang hormat orang sekeliling. Maksudnya, yang tahu untuk hembus asap ke arah yang sepatutnya.

Monday, August 17, 2009

Kuasa


Selain famili, you kena jaga hati kawan-kawan rapat you baik-baik. Kalau tak, bila sampai masa you susah, you jangan mimpi diaorang akan datang temankan atau tolong you.


Dan you jangan pandai-pandai tarik kekasih you daripada circle of friends dia. Sebab, kawan-kawan dia akan hold grudge against you sampai kiamat. You pulak akan dijadikan bahan kutukan dan jenaka diaorang. Silap you sendiri lah kan. Nikmat berkawan mana boleh you tarik sesuka hati.


Nanti waktu birthday you, entah-entah tak ada orang yang nak sambut dengan you. Bab bagi hadiah tak payah cerita lah.


The power of friendship. Sama ada you gunakan kuasa tu sepenuhnya, atau pun you akan hidup keseorangan.



Walaupun you masih ada family untuk turn to, I kira tu saja lah yang you ada. Sekarang you ada pilihan untuk difikirkan kan?

Thursday, August 13, 2009

Penutup


Maybe it's the end of our road. Thank you for everything.


I think it's better if we go our separate ways and reevaluate everything to make some senses out of this. I'm deeply sorry. Goodbye.


----


Macam mana you mulakan sesuatu, macam tu lah sepatutnya penamatnya. Bukan vanish terus je. Atau end-kan sambil lewa. Sebab at last nanti, semua orang akan ingat part permulaan dan pengakhiran je. Yang tengah-tengah memang tak berapa nak kisah.


Bila ending buruk, you jangan mimpi sangat orang nak ingat pasal cerita tengah-tengah. Dalam filem pun, yang penting ialah babak akhir dia. Kalau berkesan, the whole movie jadi hidup. Kalau ending tak lawa, it's easily forgotten lah.


Lepas dah berakhir, you jangan harap sangat dia akan terus melukut di tepi gantang. Semua orang ada dignity masing-masing. Makin bertuah kalau you dilayan dengan baik. But of course, mungkin you tak sedar, ada sebabnya layanan terhadap you masih baik.


Ayat cliche, everyone needs closure. A proper one. A respectable one. Especially if the story carries heavy memories.

Sunday, August 9, 2009

Display Of Affection


Kalau you nak pegang atau gesel-gesel peha kekasih you depan orang, you buat je lah tanpa tunjuk rasa bersalah. Sebab kalau you gesel sambil tunjukkan muka segan dan ekor mata meliar tengok mana tahu ada orang perasan you meraba kekasih, baik you jangan teruskan meraba. Muka bersalah you nampak obvious sangat.


Kalau you nak bergesel depan I, percayalah, I tak kisah langsung. I akan buat-buat tak nampak. Dalam hati, I akan tergelak tengok muka segan you yang ada hati nak buat public display of affection(PDA). Dan you jangan ingat orang tak perasan PDA you. Semua perasan, cuma masing-masing gelak dalam hati. Kalau ada yang konservatif sikit, mungkin dia kasi ceramah free kat you.


Dalam cinema hall pun, kalau you nak make out, you buat je lah. Janji jangan kacau orang lain yang fokus tengok movie. Sebab I jadi marah bila you make out dalam gelap tapi bukan main bising lagi.


I selalu nampak pasangan kekasih sorok-sorok menggesel peha masing-masing. Senyum je bila I terpandang. Serius, jangan buat kalau malu. You punya action nanti nampak tak natural.


Speaking from my experience of observing.

Thursday, August 6, 2009

Pilihan


Kebahagiaan kalau dibina diatas kesedihan, kekurangan atau tangisan orang lain memang seronok untuk satu pihak, tapi bagi satu pihak yang lain, it is like a timebomb. Tunggu masa untuk explode perasaan sedih yang tersimpan. Cuma tak boleh nak salahkan pihak yang sedang bahagia, they might have their own reasons. Tapi I tak setuju kalau you nak parade-kan kebahagiaan you, biar satu dunia tahu. Sebab intentionally or not, you dah sakitkan pihak yang lose disebabkan kebahagiaan tu.


Kebenaran memang menyakitkan, sebab kebahagian sangat-sangat sweet. Kalau you rasa you boleh hidup dengan pilihan you, teruskan. Best of luck. Tak kisahlah apa pun means yang you guna untuk stay alive or happy. Tapi kalau you rasa macam tak sedap hati dengan decision you, you boleh patah balik, cuma no guarantee the situation is exactly the same as it was before you left.


Atau let say, one day you nak patah balik. You can, you may. Dan tak semestinya situasi waktu tu pun sama macam sekarang. Dan tak semestinya orang yang you nak kembali tu masih macam dulu. Sebab tu nak buat pilihan tu, you kena fikir betul-betul. Dan please, have the guts la bagitahu keputusan you bila dah buat decision. Jangan buat orang lain jadi bodoh buang masa tunggu you. Very distasteful. Seriously speaking.

Tuesday, August 4, 2009

Perempuan Bahagia


Seorang perempuan sedang berbahagia. Gembira dengan hidupnya, perjalanan cintanya, kawan barunya, dan atmosfera idamannya. Perempuan ini betul-betul diulit bahagia.


Malangnya, si perempuan bukanlah seorang yang disenangi oleh kebanyakan orang. Perangainya kadang kala menjelikkan. Dan dia seakan menunjuk-nunjuk kebahagiannya.


Perempuan, mungkin hari ini hari engkau. Esok belum tentu lagi. Ever wonder why people have been isolating you? I would gladly tell if you wanna know.


Perempuan, mereka pulaukan kau. Dan aku hanya mampu tersenyum. Masanya akan sampai. Percayakan karma.

Sunday, August 2, 2009

Spread The Love


Today is the day to worship your friends. A friendship day as we fondly call. Every first Sunday of August, around the world.


I don't know about you guys. But I think friends come and go all the time. Today I may gain one, tomorrow I may lose one. Best friends however, are a different people altogether. They come and stay for long. Supposedly. But not necessarily.


I always refer friends as acquaintances, whom I don't care much about their well-being and I don't really share my stuffs.


While best friends, they are the people I care the most. I would try to be by their side whenever needed, we would share stuffs and headaches and heartaches. We would swap jokes, spank each others' butts, make funny faces, fart aloud, and eat on the same plate. Because with best friends, we have this oath made impliedly. Laugh, cry and die together. If possible.


Early today, I have called and messaged every best friend I have. It felt so good. As I know, even now when I have lost half of my soul, I still have them to make up the remaining half.


They keep me grounded and sane, as I always preach.

Saturday, August 1, 2009

Make No Mistake


People do make mistakes. Just don't be fooled into believing they don't. I do, you do, and they certainly do.


It's just a matter of size of the mistakes committed. And whether we get something out of them. By learning and bearing all consequences. Own them up. Ignore nobility.


Make no mistake. We make mistakes. All the time. What a shame though.

Friday, July 31, 2009

A Race You Run


Ia adalah sebuah permulaan. You melangkah ke arah sesuatu yang baru dan asing. Sambil menjangkakan transisi ini merupakan perubahan yang baik bagi hidup you. Berharap perjalanan yang bakal dilalui mudah, tidak terlalu berliku. You terus berlari, memecut ke arah destinasi.



Kemudian, tiba-tiba di tengah perjalanan, jangkaan you salah. You terlanggar batu. Rebah terjatuh terus ke bumi. You mengeluh keseorangan.


Nasib you baik. Ada penyelamat berlari ke arah you dan membantu you berdiri semula. Selepas berterima kasih, you berfikir panjang. Ubah sedikit plan asal you, peta perjalanan you. Ada sedikit kesilapan dalam lakaran awal tadi.


Siap semua dibetulkan, you teruskan perjalanan. Cuma kali ini, you berjalan. Tidak lagi pecut berlari.


Ini adalah fasa kehidupan.

Point Blank


This is a secret place of solitude. A place to pour any idiotic thoughts without being judgmental.



This is a place where you can judge, but the author will be too busy to care.


The author believes behind every personality, there lies a darker side hidden within oneself. And she intends to explore her other self.


Again, this is a secret place of solitude.