DON'T BE FOOLED, WE ARE HIDEOUSLY BEAUTIFUL WHILE THEY ARE BEAUTIFULLY HIDEOUS.

Tuesday, December 1, 2009

Apabila Kekasih Curang, Kadang-Kadang Pihak Ketiga Itu Tak Bersalah, Hanya Tersepit Dalam Kemelut Keadaan


Adalah amat pelik bila tiba-tiba kekasih kawan kita cuba nak beramah-mesra dan akrab dengan kita, walhal sebelum ni tak pernah bertegur sapa langsung, hatta lepak semeja pun tak pernah.



Apatah lagi, bila kawan kita tu hanyalah kawan biasa-biasa saja, tak pernah pun datang open house dia masa raya. Jadi tiada sebab untuk si kekasih cuba untuk mendekati kita. Dah dua kali I kena, yang terbaru 2 bulan lepas.


Sebagai seorang yang berkromosom xx, I cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti xx yang lain. Lantaklah kalau bf dia nak meliar dengan sesiapa pun. Janji bukan dengan I. Sebab persepsi biasa masyarakat kita, yang bitch tu si perempuan satu lagi, walaupun sebenarnya si teman lelaki yang menggatal dulu.


Atas sebab ini juga, I tak ada koleksi kawan-kawan lelaki yang sudah berkahwin. Bekas kekasih I baru-baru ni kahwin. Terus lepas tu I tak contact dia walaupun pernah berjanji setia untuk berkawan. Disini ada rasa ketidakselesaan sebenarnya. Lainlah kalau I pun dah berkahwin. Tidaklah awkward sangat. Dengan bekas teman lelaki memang senang betul nak ter-fall in love semula walaupun hakikatnya mustahil bagi I. But we never know. Jadi, jangan bermain api.


Bila seseorang wanita dah pledge hidup dia untuk kekasih atau tunang atau suami dia, I rasa her significant other tak bolehlah take her for granted. Trust itu penting. Jangan dirobek.


Let say seorang lelaki dah tak sayang gf dia lagi. Benda yang paling manly untuk dilakukan ialah beritahu gf dia perkara yang sebenar. Kalau berpisah adalah jalan yang terbaik, maka berpisahlah dengan cara yang baik.


Bukannya pergi melata cari perempuan lain dulu atau pasang perempuan lain. Sebab nanti yang jadi bimbo adalah perempuan lain tu, bukannya si lelaki. Daripada ada satu masalah, makin bertimpa-timpa masalah lain. Akhirnya, si lelaki bukan juga menjadi pihak yang bitchy.


Ada juga lelaki yang happily in a relationship atau happily married, tapi memang ada gene buaya dalam darah dia. Dalam kes ini, walau berapa belas perempuan pun yang dipasang, hidup dia tak akan puas.


I pernah beritahu kawan-kawan yang I lebih rela kahwin dengan lelaki yang workaholic daripada seorang womanizer. Malangnya, womanizer biasanya hot looking dan menjamin zuriat yang comel. Cuma womanizer belum tentu boleh bagi famili dia makan pakai cukup. Dengan workaholic, ada nampak sikit sinar future dia. Ada duit, cukup makan pakai, ada harta sikit, dari situ datang kebahagiaan sebenarnya.


I tahu, walau berapa ribu patah perkataan I taip pun, lelaki tetap boleh bernikah 4. Cuma mereka selalu lupa bahawa nak nikah 4 bukan sesenang tu. Akhir-akhir nanti, isteri dan anak-anak yang suffer.


Satu lagi, berhati-hati dengan lelaki Arab. Yup, memang tak dinafikan banyak yang good-looking, tapi sikap charming mereka pun over juga. Silap hari bulan jadi isteri ketiga.


Cuma I selalu tertanya-tanya. Kenapa lelaki-lelaki berkualiti yang pernah I jumpa adalah di kalangan kawan-kawan rapat I? Mereka ni berpotensi menjadi lelaki mithali. But too bad, I don't date close friends. Seganlah. Lainlah kalau masa awal-awal kenal tu, I memang ada hati nak bercinta dengan dia. Ataupun kalau one day, seorang close friend ajak I date, I akan date walaupun segan gila. Date dengan kawan sangat awkward ye. I don't know how some of my good friends can handle the pressure.


Tapi I setuju, sebelum bercinta, eloklah jadi best friend dulu dengan potensi kekasih kita tu. Dari situ, banyak perangai senang hati, sakit hari, birat hati boleh kita tahu. Ada kawan baik yang ajar I lesson ni, dan berdesing-desing telinga I dengar nasihat dia sebab kami emotionally involved. Macam sekarang ni, memang berbirat-birat hati. Untuk kenal diri masing-masing punya pasal.


Apa pun, semuanya berpokokkan rezeki. I should've known better.



p/s: You tahu you sayangkan seseorang bila you kata you tak kisah tentang sesuatu, tapi sebenarnya you kisah. Dan you tahu you biasa-biasa dengan seseorang bila you kata you kisah, walhal you sebenarnya langsung tak kisah. An act of trying to prove a point la kononnya. Berpeluh-peluh nak convince kan the other party.

2 comments:

  1. selamat hari ahad
    singgah sini jap....hehe....
    selamat berblogging....


    ____________________________________
    dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini....

    ReplyDelete
  2. seriesly boring bekerja di pagi senin yg indah ini dan terjumpa lak lagi satu blog ahahahahh

    ReplyDelete