DON'T BE FOOLED, WE ARE HIDEOUSLY BEAUTIFUL WHILE THEY ARE BEAUTIFULLY HIDEOUS.

Showing posts with label Confession. Show all posts
Showing posts with label Confession. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Pertelingkahan Idea


Soalan yang paling malas I nak jawab setiap kali ber-YM ialah;



'Awak open tak?'


Sebab I tahu, in the end, definisi open bagi orang tu dengan definisi I ialah sangat berbeza. Worlds apart. Maka I ambil solution yang mudah.


I jawab; 'Sorry I nak pergi makan. Bye.'


Kemudian I terus set permanently invisible to this person.

Wednesday, October 7, 2009

I Rarely Smile At Strangers


I selalu cakap macam ini dengan semua kenalan baru;


I ni muka sangat straight, bluntly straight. Jadi orang selalu fikir I sombong dan garang. Kalau you mahu, you boleh evaluate sendiri macam mana I sebenarnya.


Sebab I takut nak senyum pada strangers, I rasa macam orang gila. Dan nanti pak Arab banyak terus pasang umpan jadi isteri ketiga.


Jangan risau. I tak pernah makan orang. Unless you mahu jadi orang pertama yang I telan.


Habis ulasan I, mereka pun lari. Sebab I bagi kenyataan yang jujur. Bendanya, I rasa bukan I yang pelik sebenarnya. Orang lain yang actually berfikiran sempit.


Malah, dulu I ada mak bekas kekasih yang awal-awal reject I, atas sebab I bukan sekampung. Jadi, I malas nak buang masa melayan kerenah orang narrow-minded macam ni. Sebab I jenis orang yang tak suka melayan isu yang bodoh.


Dan I rasa, kawan-kawan I sekarang saja lah yang mampu put up dengan otak gila I.

Saturday, October 3, 2009

Faithlessly Faithful Vice Versa


The most shameful thing I've ever done was denouncing one's faith by accident. No thanks to my obliviousness. And I have to discredit those who made me believed of the faulty fact.



Next time around, I will have to be extra careful to not offend anyone by my complete ignorance. As to now, I swear myself to not believe hearsay, gossips and whatnot.


On a positive note, I was lucky enough that fella was such a cool dude reacting to my statement. Well, at least I was lady enough to be as innocent and oblivious as I could.


The thing about most of my people, my countrymen, including me, is we are too quick to pass judgment, but slow enough to correct ourselves.


In the event of having or rather wanting to socialise with non-locals (whites are not applicable here), we deem them not equal to our freaking standard. There is no wonder I always get weird faces and reactions whenever I hang out with them. As if it is a peculiar out-of-logic thing to do.


For that, I feel deeply sorry for him, whom up until now, I still offer my apology. Being such a cool sport, he asked for my phone number and now, we regularly talk during classes. But still, my guilt is everlasting.


Nevertheless, I will let my conscience be my guide.


So much of thinking I have met enough people already. And of course, not without those sheepish faces shown to my once timid eyeballs. Hence, will it be okay to grunt?



p/s: I once shouted Oh-My-God so loud at an acquaintance of mine after learning some interesting fact. He, being quite an atheist nonchalantly shouted back, 'Don't call HIM, will ya'. I hehehe-ed. Not that I was trying to convert him or anything, though. Tindakan refleks one might say. Heaven yeah!

Thursday, September 17, 2009

Sesi Pencarian Jiwa


Bila I cermin balik diri sendiri dan bandingkan diri I sekarang dengan setahun yang lepas, I nampak macam ada satu lagi imej yang berdiri sebelah I dalam cermin tu. Maksudnya, banyak perubahan la dalam tempoh masa 12 bulan ni.



You pernah terasa tak yang diri you sekarang sama je dengan you setahun lepas? Ataupun diri sekarang sangat kontra dengan setahun lepas? I pernah rasa dua-dua situasi. Bezanya, kali ni I merasakan I berada dalam situasi kedua. In a way, I rasa seronok jugak lah.


Dalam imej cermin tu, I nampak macam mana I transform daripada perangai last-minute study I bertukar jadi study 3 months in advance. Sangat sweet bila perubahan tu sedikit sebanyak beri I kejayaan kecil. I juga bertukar daripada seorang yang anti-social kepada agak peramah dan selalu berjalan sana-sini. Dah tentu lah pemilihan set kawan-kawan yang banyak memainkan peranan.


12 bulan lepas, I tak pernah langsung main bowling, sekarang dah pandai sikit-sikit. At least I pakai bola 9 ke 10 ke. Dulu-dulu I sangat tak fun okay. Definisi keseronokan I ialah menonton TV di rumah atau tengok wayang. Sangat limited. Sekarang ni, I dah tak layan dah TV. Sebab tu, selalu miss tengok Nur Kasih (by the way, I terpaksa mengaku yang cerita ni sangat best).


Kalau dulu, I menilai kecantikan pemandangan secara bland je. Pada I, biasa-biasa, takde apa sangat. Tapi sekarang, setiap sudut tempat I rasa cantik dan nak ambil gambar. Bercerita tentang gambar, imej gambar I tahun 2008 ke bawah sangatlah hodoh. Dulu I tak fotogedik.


I pun tak minat sangat gosip-gosip dulu. Sekarang ni, gosipping dah macam makan popcorn je. Dulu I tak heran sangat pasal cinta-cinta. Sekarang I ni dah macam miserable, hopelessly menunggu cinta. Dulu I suka pakai baju kurung, sekarang babai baju kurung. Dulu I tak pandai nak sinis-sinis, sekarang ni kalau I cakap asyik nak ber-sarcastic je. Memang banyak orang terasa, I geddit.


Serius I cakap, banyak perubahan hidup sepanjang 12 bulan ni. Antara I perasan atau tak la. Walaupun banyak perubahan yang baik, benda yang tak baik pun banyak gila I buat. Cuma sekarang I cuba nak dekat balik dengan Tuhan. I banyak main-main dulu macam tak ingat mati. Bila I tak dapat orang yang sangat-sangat I hajati, itu adalah satu wake-up call untuk I dekat semula dengan Tuhan. Baru nak terhegeh-hegeh.


I rasa Ramadhan lepas adalah yang paling menginsafkan I. Sebab ini first time I rasa betul-betul kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Kalau nak fikir balik kesilapan I dulu, banyak kaki orang yang I patut sujud minta maaf. Lagi-lagi kaki mak I. Cuma I bernasib baik lagi. Silap-silap I dulu takdelah sampai dosa yang patut direjam atau disebat 100 kali. Ada perkara-perkara yang I masih jaga. Sekurang-kurangnya mungkin itu salah satu nikmat yang baru sekarang I sedar.


Sayulah kalau nak cerita pasal evaluation diri. I takut nak pandang cermin sangat.


Selamat mencerminkan diri. Semoga jumpa tujuan sebenar kewujudan diri.

Monday, August 24, 2009

Hoi Budak


Ada sebahagian kecil manusia yang secara fizikalnya dewasa, namun kebolehan emosi dan mentalitinya masih kebudak-budakkan. Ini adalah antara manusia yang I tak boleh tahan nak hadapi. Sebab bagi I, diaorang ni sangat mencabar kesabaran dan nerve you. Kalau ikutkan kepala I, I have no reserve langsung nak hulur penampar.


Serius. Umur dah 21-22-25, tapi buat perangai yang bukan-bukan. Tergedik sana-sini, as if dia masih dalam high school. Dan kadang-kadang overly touchy atau sensitif tak bertempat. I kena hadapi orang-orang macam ni once in awhile, walaupun ramai golongan macam ni sebenarnya. Cuma kebanyakkannya tak berani nak buat fiil dengan I.


Tapi once I kena, memang I akan naik baran. Malang sikitlah, golongan kanak-kanak ni ada sorang dua dalam kalangan kawan-kawan rapat I. Jadi, I selalu kena pendam dalam hati kalau I rasa tak berkenan dengan sikap kebudak-budakkan diaorang. Sampai satu tahap, I pernah rasa sakit hati yang teramat tapi I tak meletup lagi.


You bayangkanlah kalau orang nak terasa dengan you disebabkan hal kecil, you mesti rasa apa hal dia nak menggedik macam ni. Contoh, you ambil gambar berdua dengan kekasih dia, dan dia tak pasal-pasal nak merajuk cemburu bagai, padahal you dan kekasih dia berkawan baik. Ataupun, dalam situasi kekasih baru carigali bekas kekasih boyfriend/girlfriend dia semata-mata nak warn off bekas kekasih supaya tak kacau relationship you dan kekasih. Pada I, memang kebudak-budakkan. Macamlah bekas kekasih tu hadap sangat.


Ataupun kawan you terasa hati dengan you sebab you beli barang yang sama macam yang dia teringin sangat, padahal you tak tahu pun hal tu. Yang menyebabkan dia tak nak bercakap dengan you selama let say, 30 minute. You know, bila I tersepit dalam keadaan macam ni, I selalu buat bodoh, tapi dalam hati, I curse sampai puas. Kalau I rasa melampau sangat atau tengah period, memang I akan tak teragak-agak untuk tegur dia directly.


I ada expectation yang tinggi terhadap orang yang lebih tua daripada I. So kalau you tunjuk perangai budak you depan I, walhal you lagi tua daripada I, watch out la. I memang black list you. You definitely bukan dalam good book I.


Satu perangai yang I tak boleh nak terima sampai mati. Childishness.

Thursday, August 20, 2009

Alahan


Ini pengakuan pertama I dalam siri Confession.


I tak boleh duduk semeja atau lepak setempat dengan sekumpulan perokok yang berlumba-lumba mengepulkan asap rokok ke udara.



Dan I pernah tegur seorang lelaki untuk menghalakan asap rokok dia ke arah bertentangan dengan I. Sebab I pernah ada rekod buruk yang melibatkan rokok. I demam panas 3 hari disebabkan asap rokok yang I sedut waktu duduk setempat dengan sekawan perokok.


Sejak tu, I declare diri I allergic-kan asap rokok. I rasa paru-paru I tak mampu tahan tekanan asap yang kuat. Lagi-lagi sejak dua tahun lepas I dah biasa berkawan dengan bukan perokok. Kalau kawan perokok pun, jenis yang hormat orang sekeliling. Maksudnya, yang tahu untuk hembus asap ke arah yang sepatutnya.